GirL STOrY

Sunday, 27 November 2011

Cerpen..

 ************************************                                                                                                          Cubaan kedua. Sila 'mute' volume sebab lagu background tak sesuai dengan tema cerpen ni. huhu~
------
Bismillah.
Hari tu hujan.
Balik dari makmal fizik, Ecah minta aku temankan dia pergi 'cyber cafe'. Ada dokumen yang perlu dihantar, katanya.

"Allahu akbar..Allahu akbar..."

"Asar lah...Cah. Solat dulu jom."
"Orait bebeh!"

Ecah. Aisyah.
Aisyah Humaira'. Nama isteri Rasulullah SAW.
Cantik namanya, secantik orangnya.

Oh, lupa!
Aku dan Ecah berkawan sejak sekolah rendah lagi. Sehingga sekarang. Di matrik.
Kursus yang sama. Kelas saja yang tak sama.

"Boring la aku. Asyik tengok muka kau je."
"Haha..Kau jangan Cah. Nanti kalau aku dah tak ada, siapa nak temankan kau pergi tandas tengah-tengah malam?"
"Tandas jangan sebut. Kang ada yang makan pinggan kang.."
"Lepak chill la bro..hehe~"

Bayangkanlah. Walaupun bilik tak sama, aras tak sama.. Ecah sanggup telefon aku, tengah-tengah malam buta, minta temankan dia pergi tandas. Padahal, tandas sebelah bilik dia je pun.

Nampak je ganas, penakut juga sebenarnya. Kui3..

Usai solat, kami menuju ke satu halaqah kecil.
Baca ma'thurat sama-sama.
Bagi aku, inilah keunikan matrik ni. Di tengah-tengah kesibukan menuntut ilmu,
masjid menjadi tempat pelajar berehat, cas bateri yang dah makin lemah.

Yelah, cuba bayangkan.
Kelas, tutorial, 'lawatan sambil belajar' ke makmal, sampai ke petang.
Kadang-kadang ada kelas malam.
Nak buat tutorial task, assignment, lab report, sampai tak tidur malam.
Tengah-tengah buat task, tertidur. Bila sedar je, dah subuh.
Itupun kalau bangun. Ada juga terlajak.
Macam-macam.

"Cah. Kau ada isi borang nak jadi ajk karisma?"
"Hehe~seganlah. Berapa ramai yang apply? Aku tengok borang tu banyak semalam. Tadi, aku jeling, macam dah tak ada je"
"Memanglah tak ada. Tinggal dua tadi, lepas tu aku ambil. Satu untuk kau, satu untuk aku."
"Ngaaa~"
"Tak payah nak nganga kat sini. Jom isi. Lepas ni, 'settle'kan emel kau tu, lepas tu kita hantar borang ni."
"Perlu ke?"
"Apa yang perlu?"
"Kita join benda-benda ni? Kalau jadi ahli biasa tak boleh ke? Lagipun, kalau kita mohon pun, mesti tak diterima punya."

"Apasal pulak?"

"Yelah. Kita ni manalah layak nak join benda-benda macam ni. Kalau kat sekolah dulu bolehlah. Berapa kerat je Muslim."
"Lah..Kita belum cuba, belum tau."
"Jap. Kenapa kau nak mohon sangat benda ni? Tak takut jejaskan study ke?"
"Entah. Macam best je. Lagipun masa orientasi hari tu, ada akak fasi tu suggest kitorang join benda ni. Kita try je.."
"Baiklah cik puan."

Hujan dah mula reda.
Matahari pun dah mula menyembunyikan diri.
Azan maghrib berkumandang.

"Perasan tak?"
"Apa?"
"Sedap azan tu. Kan?"
"Yang tadi tu?"

Kau mengangguk.

"Budak kelas aku tu."
"Ohhoo..Mesti budak baik, kan?"
"Hehe~boleh tahanlah."
"Boleh tahan macamana?"
"Amboih~berminat nampak."
"Eh, taklah. Dah alang-alang cerita kan, nak tau juga."

Malam tu, aku dengan semangatnya bercerita pasal manusia itu,
sambil tangan menulis lab report yang kena dihantar esok pagi.

*****

Seminggu kemudian, aku diberitahu bahawa Ecah diterima sebagai Ahli Lajnah Multimedia.
Padanlah dengan kemahirannya menggunakan IT sebagai medium dakwahnya.
Dan aku?
Tak diterima.
Sedih?
Sikitlah. Tapi, teringat kata-kata Rasulullah SAW:

Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka dia adalah daie.

So, tak ada alasan la aku nak berdolak-dalih.
Kenapa?
Nak kena jadi ajk ke, baru nak berdakwah?
Nak kena jadi ustaz ke, baru rasa nak buat baik?

Bukan ke berdakwah tu benda baik?
Bukan ke berdakwah tu banyak cara?
Hmm..

Satu petang, habis je usrah dengan Kak Huda, Ecah jumpa aku.
Ecah dengan sedu-sedannya bercerita bagaimana tertekannya dia.
Antara assignment yang bertimbun dan kerja-kerja persatuan yang pastinya menuntut dia berada di hadapan laptop dalam tempoh yang lama.

Tiba-tiba terbit rasa menyesal.
Menyesal kerana pernah mengajak dia untuk menjadi sebahagian daripada tenaga penggerak dalam persatuan itu.
Walaupun bukan aku yang patut disalahkan.

"Cah. Sungguh, aku tak tahu kau akan jadi macam ni. Padahal dulu, masa kau mula-mula dapat tahu kau dapat jawatan ni, aku nampak kau happy gila dapat post tu.
Aku tau aku bukanlah orang yang tepat dan layak untuk bagitahu apa yang betul, apa yang salah kat kau. Tapi, jauh di sudut hati ni, aku rasa sangat cemburu dengan kau."

Senyap.

"Apa maksud kau, cemburu dengan aku? For what? Result kau lagi gempak dari aku kot."
"Bukan. Bukan pasal tu. Aku cemburu tengok kau dan kawan-kawan kita yang sama-sama dengan kau dalam persatuan tu bekerja. Korang, walaupun terpaksa keluarkan duit sendiri untuk buat satu-satu program, walaupun terpaksa bersengkang mata untuk siapkan tempat, kadang-kadang balik meeting sampai tengah malam, kena bergerak awal pagi untuk pergi berprogram, aku nampak korang seronok buat kerja-kerja tu."

"Tapi.."

"Cah. Aku tak rasa apa yang kau rasa. Betul! Bahu yang memikul tu lebih berat dari mata yang memandang. Betul! Sejujurnya, aku bengang juga kadang-kadang, bila ajak keluar, tak boleh. Bila call, tak dapat. Tup-tup, hilang tanpa jejak. Even, nak ajak makan pun, tak boleh. Busy punya pasal. Tapi, untungnya aku sebab kau dah tak penakut lagi dah. Hehe~"

"Aigooooo..sempat lagi kau nak buat lawak kat sini.."

Senyum.

"Seriously, aku nampak perubahan kau bila join benda-benda macam ni. Yelah, dah berapa lama kita kawan."

"Apa yang berubah? Aku rasa macam sama je."

"Couple."

"Erk.."

"Aku tak tahu apa yang membuatkan kau sampai sanggup clash dengan Asyraf, padahal aku tau kau sayang gila kat dia. Aku ingat lagi, dia punyalah frust sampai sanggup belikan macam-macam. Tapi, last-last, aku yang ambil, tolong habiskan. Lagi-lagi coklat tu. Huhu~sedapnya."

"Aiyoyo~"
"Hehe~gurau..gurau..Ada lagi satu benda yang aku nampak."

"Apa dia?"

"Tudung kau."
"Kenapa? Makin labuh?"

Aku angguk.
Ya, makin labuh, tapi kau tak sombong. Tak ada langsung riak segan nak kawan dengan orang-orang macam aku. Tak macam orang-orang lain. Nak tegur, tegurlah. Tapi, kalau sampai tahap memalukan kawan sendiri depan orang ramai, apa kes?
Tak ke makin jauh orang tu?
(Haish...diri sendiri tak buat apa-apa. Tapi, bila orang lain buat, tau nak condemn je. Apalah aku ni...)

"Mengalahkan ustazah kau tau tak? Aku pun kadang-kadang segan. Bukan aku segan sebab kau pakai tudung labuh, tapi aku segan sebab aku pakai tudung biasa."
"Allah...Kenapa pulak? Kita kan sama je.."
"Tapi, bila kau pakai macam ni, aku nampak budak laki makin hormat kat kau. Yelah. Kalau dulu, pantang kalau kita lalu kat kafe, mulalah bersiul, bunyi macam-macam keluar. Sekarang, senyap sunyi."
"Muahaha~Ye ke? Aku tak perasan pulak."

Dan, sesungguhnya aku sangat cemburu bila ramai budak yang aku kenal, selalu menyebut tentang kau.
Termasuklah budak kelas aku tu.
Tapi, yang hairan bin ajaibnya, diorang ni bukanlah baik kalau dari segi pergaulan, mulut tu mencarut juga kadang-kadang, tapi, ada hati juga dengan set baik-baik macam kau.
Kui3..Nak produk siap, tapi diri sendiri tak ada persiapan.
Haish..Cakap orang lagi....diri sendiri tu???

"Memang la tak perasan. Kalau dah jalan menonong je tak tengok kiri kanan, mana nak perasan orang sekeliling. Aku yang terkejar-kejar."
"Adeh~sorry la sis."

"Ikut sunnah," katanya.

Diam lagi.

"Cah..Dua benda je aku nak cakap dengan kau. Yakinlah. Memang kau takkan dapat satu sen pun bila buat kerja-kerja ni. Sebab kau buat kerja-kerja ni, bukan untuk manusia. Tapi, untuk Dia."

"Dan..?"

"Tugas dakwah ni bukan jawatan yang boleh dikosong dan diisi sesuka hati. Bila kau ada di jalan ni, memang ujian tu benda wajib yang kau kena tempuhi. Kak Huda selalu sebut ayat ni: (sambil belek-belek buku catatan)

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." 


Zupp..Aku nampak kau terkejut.

"Ya Allah.. Kenapalah aku boleh lupa semua tu. Padahal, ayat nilah yang selalu aku sebut, selalu aku pegang untuk kuatkan diri aku ni."

"Insan kan, sifatnya pelupa."
"Untunglah dapat sahabat macam kau ni. Huhu~"
"Huh~akulah yang rugi. Habis basah baju aku ni kena air mata kau."
"Haha~meh sini. Aku tambah lagi.."
"Tak nak..tak nak..."
"Jap..jap... Mana kau dapat semua ni?"

Tanpa berfikir panjang, aku jawab:
"Usrah."

Senyap.
Aku nampak titisan jernih itu turun lagi.

Ecah...doakan aku..

=)

p/s: cerita rekaan. watak rekaan. setting - bukan rekaan. hehe~
p/s 2: misi promote usrah~kui3..
p/s 3: kak mawar berduri..=)

No comments:

Post a Comment