GirL STOrY

Thursday 29 December 2011

tErLAlU PEnAt !

Assalamualaikum semua !
hellO ! Hye !
###############################################################################
 
hurm,,sy penat lar dari kelanTan nak pgi ke Taman Setiawangsa,KL nak dekat  10 jam pon ad! then makan2 dekat AEON AU2 Setiawangsa ! (makan steamboat ) ! -hehe- then pergi apartment blakang IPIK Cheras, nak hantar abg sy ! hoho penat 2! then patah balek taman setiawangsa, berehat dekat Puteri Apartment ! (Rumah Abg yg sUlung ! ) pagi lepas tuh pergi jalan2 dekat Bandar Muadzam Syah ! then singgah dekat rumah bapak sedare belah mak sy ! then jalan dekat sekitar bandar Kuantan , Then pegi umah mak sedare belah ayah pulak kat Kuantan hah! besok tengah HarI pegi Kuala terengganu, jalan2 ! huh penat dah brp jam dok ats jalan tuh ! huh.. tapi best dapat pegi PASAR PAYANG , KUALA TERENGGANU !! haha!!

hehe !! that's all for today !! haha !! tak menarik sangat !

assalamualaikum !

Saturday 10 December 2011

Miss yOu!!

assalamualaikum pembace BLOG MISS YOONA!!
hello!!
***********************************************************************************

Rindu sanGat kaT kawan saya espicially< Fatihah-Dalila-Wawa dan Anis> ..
hayya,bile largh say bole jmpa kamu sume niyh..sume dok jauh...paLing jauh sekali Fatihah!
hurm,,Tihah,dila ngan wawa tak ap lah,boley contact!tapi,Anis tak boleyh!rindu giler kat kawan kiter yg agak
Happy Meppy!!haha~~errRrr,,tak tahu largh!

assalamualaikum!

Sunday 27 November 2011

Cerpen..

 ************************************                                                                                                          Cubaan kedua. Sila 'mute' volume sebab lagu background tak sesuai dengan tema cerpen ni. huhu~
------
Bismillah.
Hari tu hujan.
Balik dari makmal fizik, Ecah minta aku temankan dia pergi 'cyber cafe'. Ada dokumen yang perlu dihantar, katanya.

"Allahu akbar..Allahu akbar..."

"Asar lah...Cah. Solat dulu jom."
"Orait bebeh!"

Ecah. Aisyah.
Aisyah Humaira'. Nama isteri Rasulullah SAW.
Cantik namanya, secantik orangnya.

Oh, lupa!
Aku dan Ecah berkawan sejak sekolah rendah lagi. Sehingga sekarang. Di matrik.
Kursus yang sama. Kelas saja yang tak sama.

"Boring la aku. Asyik tengok muka kau je."
"Haha..Kau jangan Cah. Nanti kalau aku dah tak ada, siapa nak temankan kau pergi tandas tengah-tengah malam?"
"Tandas jangan sebut. Kang ada yang makan pinggan kang.."
"Lepak chill la bro..hehe~"

Bayangkanlah. Walaupun bilik tak sama, aras tak sama.. Ecah sanggup telefon aku, tengah-tengah malam buta, minta temankan dia pergi tandas. Padahal, tandas sebelah bilik dia je pun.

Nampak je ganas, penakut juga sebenarnya. Kui3..

Usai solat, kami menuju ke satu halaqah kecil.
Baca ma'thurat sama-sama.
Bagi aku, inilah keunikan matrik ni. Di tengah-tengah kesibukan menuntut ilmu,
masjid menjadi tempat pelajar berehat, cas bateri yang dah makin lemah.

Yelah, cuba bayangkan.
Kelas, tutorial, 'lawatan sambil belajar' ke makmal, sampai ke petang.
Kadang-kadang ada kelas malam.
Nak buat tutorial task, assignment, lab report, sampai tak tidur malam.
Tengah-tengah buat task, tertidur. Bila sedar je, dah subuh.
Itupun kalau bangun. Ada juga terlajak.
Macam-macam.

"Cah. Kau ada isi borang nak jadi ajk karisma?"
"Hehe~seganlah. Berapa ramai yang apply? Aku tengok borang tu banyak semalam. Tadi, aku jeling, macam dah tak ada je"
"Memanglah tak ada. Tinggal dua tadi, lepas tu aku ambil. Satu untuk kau, satu untuk aku."
"Ngaaa~"
"Tak payah nak nganga kat sini. Jom isi. Lepas ni, 'settle'kan emel kau tu, lepas tu kita hantar borang ni."
"Perlu ke?"
"Apa yang perlu?"
"Kita join benda-benda ni? Kalau jadi ahli biasa tak boleh ke? Lagipun, kalau kita mohon pun, mesti tak diterima punya."

"Apasal pulak?"

"Yelah. Kita ni manalah layak nak join benda-benda macam ni. Kalau kat sekolah dulu bolehlah. Berapa kerat je Muslim."
"Lah..Kita belum cuba, belum tau."
"Jap. Kenapa kau nak mohon sangat benda ni? Tak takut jejaskan study ke?"
"Entah. Macam best je. Lagipun masa orientasi hari tu, ada akak fasi tu suggest kitorang join benda ni. Kita try je.."
"Baiklah cik puan."

Hujan dah mula reda.
Matahari pun dah mula menyembunyikan diri.
Azan maghrib berkumandang.

"Perasan tak?"
"Apa?"
"Sedap azan tu. Kan?"
"Yang tadi tu?"

Kau mengangguk.

"Budak kelas aku tu."
"Ohhoo..Mesti budak baik, kan?"
"Hehe~boleh tahanlah."
"Boleh tahan macamana?"
"Amboih~berminat nampak."
"Eh, taklah. Dah alang-alang cerita kan, nak tau juga."

Malam tu, aku dengan semangatnya bercerita pasal manusia itu,
sambil tangan menulis lab report yang kena dihantar esok pagi.

*****

Seminggu kemudian, aku diberitahu bahawa Ecah diterima sebagai Ahli Lajnah Multimedia.
Padanlah dengan kemahirannya menggunakan IT sebagai medium dakwahnya.
Dan aku?
Tak diterima.
Sedih?
Sikitlah. Tapi, teringat kata-kata Rasulullah SAW:

Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka dia adalah daie.

So, tak ada alasan la aku nak berdolak-dalih.
Kenapa?
Nak kena jadi ajk ke, baru nak berdakwah?
Nak kena jadi ustaz ke, baru rasa nak buat baik?

Bukan ke berdakwah tu benda baik?
Bukan ke berdakwah tu banyak cara?
Hmm..

Satu petang, habis je usrah dengan Kak Huda, Ecah jumpa aku.
Ecah dengan sedu-sedannya bercerita bagaimana tertekannya dia.
Antara assignment yang bertimbun dan kerja-kerja persatuan yang pastinya menuntut dia berada di hadapan laptop dalam tempoh yang lama.

Tiba-tiba terbit rasa menyesal.
Menyesal kerana pernah mengajak dia untuk menjadi sebahagian daripada tenaga penggerak dalam persatuan itu.
Walaupun bukan aku yang patut disalahkan.

"Cah. Sungguh, aku tak tahu kau akan jadi macam ni. Padahal dulu, masa kau mula-mula dapat tahu kau dapat jawatan ni, aku nampak kau happy gila dapat post tu.
Aku tau aku bukanlah orang yang tepat dan layak untuk bagitahu apa yang betul, apa yang salah kat kau. Tapi, jauh di sudut hati ni, aku rasa sangat cemburu dengan kau."

Senyap.

"Apa maksud kau, cemburu dengan aku? For what? Result kau lagi gempak dari aku kot."
"Bukan. Bukan pasal tu. Aku cemburu tengok kau dan kawan-kawan kita yang sama-sama dengan kau dalam persatuan tu bekerja. Korang, walaupun terpaksa keluarkan duit sendiri untuk buat satu-satu program, walaupun terpaksa bersengkang mata untuk siapkan tempat, kadang-kadang balik meeting sampai tengah malam, kena bergerak awal pagi untuk pergi berprogram, aku nampak korang seronok buat kerja-kerja tu."

"Tapi.."

"Cah. Aku tak rasa apa yang kau rasa. Betul! Bahu yang memikul tu lebih berat dari mata yang memandang. Betul! Sejujurnya, aku bengang juga kadang-kadang, bila ajak keluar, tak boleh. Bila call, tak dapat. Tup-tup, hilang tanpa jejak. Even, nak ajak makan pun, tak boleh. Busy punya pasal. Tapi, untungnya aku sebab kau dah tak penakut lagi dah. Hehe~"

"Aigooooo..sempat lagi kau nak buat lawak kat sini.."

Senyum.

"Seriously, aku nampak perubahan kau bila join benda-benda macam ni. Yelah, dah berapa lama kita kawan."

"Apa yang berubah? Aku rasa macam sama je."

"Couple."

"Erk.."

"Aku tak tahu apa yang membuatkan kau sampai sanggup clash dengan Asyraf, padahal aku tau kau sayang gila kat dia. Aku ingat lagi, dia punyalah frust sampai sanggup belikan macam-macam. Tapi, last-last, aku yang ambil, tolong habiskan. Lagi-lagi coklat tu. Huhu~sedapnya."

"Aiyoyo~"
"Hehe~gurau..gurau..Ada lagi satu benda yang aku nampak."

"Apa dia?"

"Tudung kau."
"Kenapa? Makin labuh?"

Aku angguk.
Ya, makin labuh, tapi kau tak sombong. Tak ada langsung riak segan nak kawan dengan orang-orang macam aku. Tak macam orang-orang lain. Nak tegur, tegurlah. Tapi, kalau sampai tahap memalukan kawan sendiri depan orang ramai, apa kes?
Tak ke makin jauh orang tu?
(Haish...diri sendiri tak buat apa-apa. Tapi, bila orang lain buat, tau nak condemn je. Apalah aku ni...)

"Mengalahkan ustazah kau tau tak? Aku pun kadang-kadang segan. Bukan aku segan sebab kau pakai tudung labuh, tapi aku segan sebab aku pakai tudung biasa."
"Allah...Kenapa pulak? Kita kan sama je.."
"Tapi, bila kau pakai macam ni, aku nampak budak laki makin hormat kat kau. Yelah. Kalau dulu, pantang kalau kita lalu kat kafe, mulalah bersiul, bunyi macam-macam keluar. Sekarang, senyap sunyi."
"Muahaha~Ye ke? Aku tak perasan pulak."

Dan, sesungguhnya aku sangat cemburu bila ramai budak yang aku kenal, selalu menyebut tentang kau.
Termasuklah budak kelas aku tu.
Tapi, yang hairan bin ajaibnya, diorang ni bukanlah baik kalau dari segi pergaulan, mulut tu mencarut juga kadang-kadang, tapi, ada hati juga dengan set baik-baik macam kau.
Kui3..Nak produk siap, tapi diri sendiri tak ada persiapan.
Haish..Cakap orang lagi....diri sendiri tu???

"Memang la tak perasan. Kalau dah jalan menonong je tak tengok kiri kanan, mana nak perasan orang sekeliling. Aku yang terkejar-kejar."
"Adeh~sorry la sis."

"Ikut sunnah," katanya.

Diam lagi.

"Cah..Dua benda je aku nak cakap dengan kau. Yakinlah. Memang kau takkan dapat satu sen pun bila buat kerja-kerja ni. Sebab kau buat kerja-kerja ni, bukan untuk manusia. Tapi, untuk Dia."

"Dan..?"

"Tugas dakwah ni bukan jawatan yang boleh dikosong dan diisi sesuka hati. Bila kau ada di jalan ni, memang ujian tu benda wajib yang kau kena tempuhi. Kak Huda selalu sebut ayat ni: (sambil belek-belek buku catatan)

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." 


Zupp..Aku nampak kau terkejut.

"Ya Allah.. Kenapalah aku boleh lupa semua tu. Padahal, ayat nilah yang selalu aku sebut, selalu aku pegang untuk kuatkan diri aku ni."

"Insan kan, sifatnya pelupa."
"Untunglah dapat sahabat macam kau ni. Huhu~"
"Huh~akulah yang rugi. Habis basah baju aku ni kena air mata kau."
"Haha~meh sini. Aku tambah lagi.."
"Tak nak..tak nak..."
"Jap..jap... Mana kau dapat semua ni?"

Tanpa berfikir panjang, aku jawab:
"Usrah."

Senyap.
Aku nampak titisan jernih itu turun lagi.

Ecah...doakan aku..

=)

p/s: cerita rekaan. watak rekaan. setting - bukan rekaan. hehe~
p/s 2: misi promote usrah~kui3..
p/s 3: kak mawar berduri..=)

Thursday 24 November 2011

Gambar Hiasan

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. 

Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. 

Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. 

Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.
~sekian~
*****************************
Gambar diatas haNya Hiasan~

by:-
-Syuehada_

terima kasih sebab sudi mengunjungi bLog saya!

Yang Tutup itu laGi Indah

Saya sedar saya tak layak untuk membicarakan soal agama di sini, malah saya akui saya masih jahil mengenainya, namun, ada sedikit teguran saya nak beri pada sesetengah users FB users Tweeter dan users yg laen....... Kalau boleh, pic2 awak (yang berkenaan) janganlah terlalu menjolok mata (khas buat muslimah tercinta)... Tak manis dipandang anak dara guna baju tak berlengan... 'Kan lebih elok kalau ditutup rapi.... Lebih kemas, lebih cantik.... Maruah lebih terjaga.... Simpan apa yang Allah anugerahkan itu untuk yang halal... ^_^ Maaflah jika ada yang tersinggung tapi, saya kira tidak mengapa kerana ini tanda sayang saya pada sahabat muslimah yang saya cintai kerana Allah.... Saya ingin kita menuju ke jannah-Nya bersama... Semoga kita akan lebih saling ingat mengingati... Jom semua! Sama-sama kita meraih MARDHATILLAH (redha Allah).... Barakallahufikum... Khas buat sahabat fillah terutamanya yang empunya diri
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan... teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup ini... 

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kapada Ilahi...

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan..?

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


Sekian..-


by:-
 -Syuehada-

My Bestie :)


hellO!!Assalamualaikum semua ape khabr??ha,,nih nak kasik taw,,dah terlanjur buka atau tengOk saya punYa bLog nih,,FollOw2 largh yer!!hehe~~
ok kaT ataS Uh My BFF largh,,sepertimana yg saya citeR2 tuh!!
Nama dah ader kat setiap Gambar Tuh!!tengok largh!! Ta tau nak citer ape lagih~
just i2 jer yg sy boleyh citerkan,,